Bercakap tentang masalah perut buncit memang tak pernah habis. Kadang-kadang boleh buat anda sakit hati!!!
Lebih-lebih lagi apabila anda teringin sangat hendak memakai pakaian yang agak ketat. Memang ‘kempunan’ sebab disekat oleh keadaan lemak di perut yang kelihatan begitu jelas ataupun ketara apabila anda memakai pakaian sebegitu. Jika berkeras untuk memakainya, anda akan berhadapan pula dengan hilang keyakinan diri atau mungkin juga menjadi ‘paranoid’....
Anda mungkin akan menjadi serba tidak kena atau tidak tentu arah, anda bimbang masalah perut buncit atau lemak yang bertimbun di perut akan dilihat orang lain. Selain itu, anda juga akan berasa tidak selesa ketika duduk, kerana lipatan perut bakal jelas kelihatan. Sesekali anda mungkin boleh menahan nafas untuk membuatkan perut buncit anda itu nampak rata dalam sekejap, dan tak mungkinlah anda mampu menahannya dalam tempoh yang agak lama....
Jadi, sebab itulah anda perlu tahu cara untuk menyelesaikan masalah perut buncit dengan pengambilan makanan-makanan yang sepatutnya....
1.Berry
Ternyata keluarga buah berry mampu menyelesaikan masalah perut buncit sekaligus menghilangkannya...Sistem penghadaman anda menjadi lebih lancar sehingga tidak terjadinya penggumpulan sisa-sisa kotoran di dalam tubuh. Anda yang mengalami masalah pelupa juga boleh mengambil makanan ini untuk mempertajamkan daya ingatan anda....
2. Telur
Makanan ini kaya dengan protein...Boleh direbus atau digoreng mata, dibuat sarapan ataupun makan tengahari....
3.Kacang Almond
Rasa kacang yang ranggup membuatkan ramai yang mengambil makanan daripada bahan utama kacang-kacangan menjadi ketagih dan tidak mudah jemu. Kacang mempunyai kandungan serat, vitamin dan magnesium yang sangat berkhasiat untuk membantu menyelesaikan masalah perut buncit anda. Selain itu, kacang almond juga mampu mengecilkan punggung anda, menghindari penuaan semulajadi serta melawan dan mencegah timbulnya penyakit jantung dan sebagainya....
4. Manfaat Sayur-Sayuran
Cara mengatasi masalah perut buncit atau mengecilkan perut yang seterusnya ialah dengan pengambilan banyak sayur-sayuran berwarna hijau. Ia kaya dnegan serat, kalsium dan rendah kalori sehingga sesuai buat anda yang sedang berdiet....
5. Susu
Rajin minum susu rendah lamak juga akan membuatkan andar terhindar daripada terkena risiko osteoporosis dan menjaga tubuh agar tetap sihat....
6. Oatmeal
Rasanya yang kurang enak membuatkan ramai orang kurang bersedia untuk menikmatinya. Namun, rutin pengambilan oatmeal tanpa gula ketika bersarapan membantu anda menangani masalah perut buncit serta menyeimbangkan kadar kolesterol dalam darah....
0 comments:
Post a Comment