Monday 20 July 2015

Filled Under:

Siapa Sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill !!!


Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Kris Cempaka ; Crissie) ialah seorang model dan pelakon yang berasal dari Johor Bahru, Johor...Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013...Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau...Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik...

Beliau merupakan kacukan Jerman dan Melayu... Ibunya bernama Rohimah Mohd. Taib iaitu berasal daripada Sungai Lembing, Pahang. Bapanya pula bernama Joseph Stockstill...Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik...

Kerjaya sebagai pramugari

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel,,, menjaga kafe siber dan pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari... Ketika itu, beliau menetap dengan nenek di Kuantan, Pahang dan tidak dibenarkan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Perkara ini berlaku kerana nenek dan ibunya risau akan keselamatan beliau dan hanya diizinkan bekerja tidak jauh dari rumah....

Pada suatu hari,,, bapa saudaranya telah menasihati serta membantu beliau untuk menjadi seorang pramugari dengan mengisi borang permohonan... Akhirnya,,,beliau dipilih untuk menghadiri temuduga... Semasa menghadiri temuduga tersebut, beliau merupakan satu-satunya pemohon yang hadir tanpa solekan, sekadar memakai bedak dan secalit gincu yang diperolehinya secara percuma. Beliau memakai baju dan seluar yang dipinjam daripada sepupunya...Akhirnya, beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways...Kerjaya beliau dalam bidang ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat....

Kerjaya dalam bidang lakonan

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima... Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun.... Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Kris Cempaka dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia....

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012. Tetapi, beliau hanya sempat melakonkannya dua kali sahaja... Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon....

Kehidupan peribadi

Pada awalnya,,, beliau bercadang untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan.... Tarikh ini dipilih bersempena dengan ulang tahun hari jadinya yang ke-29....Sebelum itu, beliau telah mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang hanya melibatkan saudara-mara dan kenalan rapatnya sahaja.... Lelaki itu merupakan kenalan sekolahnya dan mula menegur beliau pada bulan Ramadan yang lalu melalui Facebook.... Setelah itu,,, beliau mengajaknya berbuka puasa bersama keluarga di rumahnya. Lelaki itu menerima pelawaan tersebut dan datang secara bersendirian ke rumahnya dan sempat membincangkan pelbagai topik. Mulai saat itu, beliau mula tertarik kepada lelaki tersebut berdasarkan keperibadiannya yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik-beradiknya. Ibu beliau terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu sebagai pasangan hidupnya. Beliau akur dengan keputusan ibunya. Sebagai persediaan bergelar isteri, beliau telah belajar memasak daripada ibunya.....Walau bagaimanapun, beliau telah membuat keputusan untuk putus tunang dengan lelaki tersebut dan cuba untuk menumpukan perhatian kepada kerjayanya sahaja....







0 comments:

Post a Comment